Media Release

2024 | 2023 | 2022 | 2021 | 2020 | 2019 | 2018 | 2017 | 2016 | 2015 | 2014 | 2013 | 2012 | 2011


JAN     FEB     MAR     APR     MAY     JUN     JUL     AUG     SEP     OCT     NOV     DEC


September

Seremban, 8 September 2024:- Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan majlis pembukaan semula dan perasmian Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan, sekaligus menjadikannya R&R Lestari yang pertama di lebuh raya di negara ini.

Terletak di KM274.6 di antara Persimpangan Bertingkat Bandar Baru Nilai dan Bandar Ainsdale, projek pembangunan semula R&R Seremban (Arah Selatan) adalah komitmen PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam menyokong inisiatif kelestarian negara, selaras dengan Ekonomi Madani, Rancangan Malaysia Ke-12, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) menjelang tahun 2030.

Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui berkata, “Kewujudan Lebuhraya PLUS telah merancakkan transformasi ekonomi dengan pembukaan lebih 200 pembangunan bandar baharu dan 20 kawasan perindustrian di sepanjang jajarannya yang memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara, menyediakan peluang perniagaan bernilai tinggi kepada ribuan syarikat tempatan, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat”.

“Selain itu, operasi Lebuhraya PLUSj uga telah mencipta lebih daripada 15,000 peluang pekerjaan yang merangkumi warga PLUS, rakan-rakan niaga di kawasan rehat, kakitangan penyelenggaraan, dan kontraktor serta memberikan manfaat kepada ribuan usahawan tempatan yang terlibat dalam rantaian pembekalan,” tambah beliau lagi.

R&R PLUS bukan sahaja menawarkan pelbagai kemudahan demi keselesaan pengguna lebuh raya, tetapi juga berperanan sebagai pemangkin dalam merubah serta meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi dengan melahirkan lebih 500 usahawan kecil dan sederhana yang disokong ribuan pembekal di kalangan peniaga komuniti setempat.

Pengerusi PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Mohamad Nasir Ab. Latif menegaskan komitmen berterusan PLUS untuk menyokong usahawan Bumiputera menerusi kerjasama strategik bersama Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB). Menerusi program-program latihan berstruktur yang akan dibangunkan, vendor Bumiputera kecil berpeluang untuk memanfaatkan platform ini untuk mendapatkan pengetahuan industri serta pengalaman bekerja bersama-sama syarikat-syarikat besar di Malaysia.

Selari dengan peredaran masa, R&R PLUS telah berevolusi daripada hanya menyediakan kemudahan asas kepada pengguna lebuh raya seperti tempat letak kenderaan, tandas, surau dan gerai makanan, kepada sebuah pusat kegiatan ekonomi penduduk setempat. Dengan bernaung di bawah satu bumbung, peniaga tempatan dari pelbagai latar belakang berpeluang untuk menceburi dan mengambil bahagian dalam pelbagai jenis perniagaan di R&R PLUS.

PLUS secara berterusan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf kawasan rehat bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik dan lebih selesa.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, YB Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad ketika berucap pada majlis yang sama turut mengucapkan tahniah kepada PLUS, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia di atas kerjasama yang erat bagi menjayakan projek Pembangunan R&R Seremban (Arah Selatan) ini.

“Saya juga berharap dengan pembukaan R&R Seremban (Arah Selatan) ini akan menjadi satu dorongan kepada Syarikat Konsesi lain untuk menambah baik mutu perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan di lebuh raya bagi terus menyediakan persekitaran R&R yang kondusif dan selesa untuk dinikmati semua pengguna lebuh raya,” tambah beliau.

R&R Seremban (Arah Selatan) telah dibangunkan semula oleh PLUS bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat, dengan mengambil kira pembangunan infrastruktur yang lestari. Reka bentuk R&R yang berwajah baharu ini juga telah memperolehi pensijilan Green Building Index (GBI) Gold Rating dan juga telah dibina semula dengan menggunakan bahan-bahan binaan lestari.

“R&R Seremban (Arah Selatan) adalah R&R pertama yang dilengkapi dengan teknologi hijau seperti panel solar, stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV), sistem penuaian air hujan, mesin pengomposan sisa, tong kitar semula fabrik dan 3R, serta bekas pembungkusan biodegradasi. Malah, stesen hab pengecasan EV yang pertama di Malaysia (EV Charging Hub) akan dibina di R&R ini tidak lama lagi, hasil kerjasama PLUS dan ChargeEV. Fasa pertama yang dijangka siap pada tahun hadapan akan menyediakan 16 poin pengecasan pantas, lengkap dengan kemudahan F&B yang luas dan selesa,” tambah Dato’ Mohamad Nasir.

Selain menawarkan medan selera yang hampir 8 kali ganda lebih besar yang boleh menampung lebih 500 pengunjung, PLUS juga telah menambah keluasan surau supaya boleh menampung 150 jemaah lelaki dan 150 jemaah wanita. Malah, rekabentuk surau yang unik dan lestari ini menyediakan suasana yang selesa, nyaman dan tenang serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti ruang solat khusus bagi mereka yang berkerusi roda.

Sejak R&R Seremban (Arah Selatan) ini dibuka semula kepada pengguna secara berperingkat, purata jumlah pengunjung yang berhenti singgah di R&R Seremban ini telah meningkat daripada 25,000 orang setiap minggu kepada 50,000 orang pada ketika ini.

Majlis Perasmian R&R Seremban (Arah Selatan) hari ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, Menteri Kerja Raya YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar Timbalan Menteri Kerja Raya YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan YB Dato’ Mohd Zafir Ibrahim, serta pegawai-pegawai kanan daripada agensi-agensi Kerajaan.

KUALA LUMPUR, 4 September 2024 – UEM Sunrise Berhad ("UEM Sunrise" or the "Company"), in collaboration with CLSA Malaysia, Khazanah Nasional Berhad and Advancing Malaysia, hosted its inaugural Real Estate Forum at M Resort & Hotel, Kuala Lumpur. Attended by over 700 industry leaders and experts, this forum set the stage for a forward-thinking exploration of real estate’s future, focusing on capital availability, sustainable development, equitable living and the megatrends reshaping the sector.

Under the theme “Form to FUTURE: Bringing Vision into Reality”, the forum emphasised UEM Sunrise’s vision of creating sustainable communities that prioritise equity and long-term growth. Beyond development, UEM Sunrise is deeply committed to creating a positive impact on surrounding communities, the environment, and the economy, ensuring the future generations inherit a thriving, sustainable landscape that supports both people and progress.

UEM Sunrise Chief Executive Officer, Sufian Abdullah expressed the importance of this vision, stating “Our industry stands at a pivotal crossroads, shaped by transformative forces that demand our attention. As public sentiment increasingly focuses on sustainable urban development and social equity, the influx of data center investments and the push for renewable energy are redefining our landscape. At UEM Sunrise, we recognise our responsibility as one of the largest landbank owners in Iskandar Malaysia to lead this transformation guided by innovation, resilience, and inclusivity, giving form to a future where innovation meets sustainable development.”

The forum offered a dynamic platform for in-depth and candid discussions on current market landscape’s trends and growth drivers, sectoral challenges, emerging opportunities and transformative megatrends that are redefining economies, reshaping businesses, and influencing the future of societies. Amongst notable discussions was the exploration of the Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ), where speakers analysed how this strategic collaboration could unlock new opportunities, drive economic growth, and foster cross-border partnerships benefiting both regions. The forum also highlighted innovative solutions to rejuvenate and advance the sector, with a particular focus on the Iskandar Puteri region.

In the afternoon sessions, the spotlight turned to unlocking the potential of robust Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) Framework and increasing foreign investment as powerful catalysts for real estate expansion. Industry leaders also delved into how UEM Sunrise and other developers can leverage on these strategic partnerships to fuel collaboration and encourage transformative sectoral growth. Turning these insights into action requires a concerted effort from policymakers, regulators, and industry players to implement the necessary changes that will drive real estate transformation.

The "Form to FUTURE" forum reinforced UEM Sunrise's bold commitment to reshaping the real estate landscape through sustainability and equitable community living. By laying the groundwork for continued innovation and forward-thinking collaboration, this forum positions Malaysia as a global leader in the future of real estate, driving progress that transcends borders and generations.

Instagram Feed

Follow Us

© Copyright © 2024 UEM Group Berhad (196601000085 (6551-K))