Media Release

2024 | 2023 | 2022 | 2021 | 2020 | 2019 | 2018 | 2017 | 2016 | 2015 | 2014 | 2013 | 2012 | 2011


JAN     FEB     MAR     APR     MAY     JUN     JUL     AUG     SEP     OCT     NOV     DEC


July

KUALA LUMPUR, 4 July 2024 – UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), a leading Asset Management and Infrastructure Solutions company, has formalised a Memorandum of Business Exploration (MOBE) with Iskandar Investment Berhad (IIB) to advance sustainability, energy efficiency, and carbon emission reduction to meet IIB’s Net Zero goals in Medini, Johor.

The MOBE documents were exchanged between the organizations, represented by Syahrunizam Samsudin, Managing Director and CEO of UEM Edgenta, and Dato' Idzham Mohd Hashim, President and CEO of IIB, in the presence of senior representatives from both entities. This collaboration is expected to positively impact future developments in the Iskandar region by integrating UEM Edgenta’s advanced energy efficiency solutions for the development of a sustainable built environment, hyper-connected city technologies, and infrastructure over the next two years.

Under the MOBE, UEM Edgenta will provide IIB with the necessary support to explore opportunities for achieving Net Zero Buildings through energy efficiency, on-site renewable energy, energy audits, and retrofitting buildings to meet green standards. The partnership also focuses on Zero Capex programmes for energy efficiency and integrated monitoring systems for energy performance and carbon emissions.

In addition, UEM Edgenta will support the implementation of sustainable and hyper-connected city development through this collaboration. This initiative involves environmentally conscious urban planning using smart technologies, establishing Renewable Energy Zones, and deploying Battery Energy Storage Systems. Additionally, a Net Zero City Technology Roadmap will be developed, featuring digital twins for urban modeling, predictive maintenance, and smart facility management systems. All efforts will align with sustainability best practices.

The collaboration will also extend to infrastructure development, where UEM Edgenta will provide engineering and project management expertise aiming to provide property owners and township developers with long-term value that meets their net zero aspirations and ambitions. Simultaneously, this partnership aims to support IIB's efforts to enhance sustainability best practices in the real estate sector, aligning with IIB's Net Zero Vision.

Dato' Idzham Mohd Hashim, President and Chief Executive Officer of IIB, shared, “The partnership with UEM Edgenta aligns perfectly with our vision to establish the region’s first net zero CBD, centering on digitalisation, innovation, and Global Business Services. By focusing on achieving net zero buildings, integrating intelligent urban technologies, and advancing renewable energy adoption, we are committed to exploring transformative sustainable solutions. Together with UEM Edgenta’s expertise, we aim to set new standards in energy efficiency and green building practices, targeting 90% Green Certified Buildings by 2040. We are confident that this collaboration will pave the way for a resilient and sustainable future in Medini, Johor.”

Syahrunizam Samsudin, Managing Director and CEO of UEM Edgenta, emphasised the crucial role of sustainability in today's corporate strategies. “As sustainability and ESG principles become increasingly central to corporate agendas, UEM Edgenta serves as a transformative force. Over three decades in Malaysia, our sustainability initiatives have not only delivered significant cost savings but also enhanced performance and increased asset value for our clients. Our results speak for themselves: clients have realised up to a 52% reduction in electrical energy use, saving over RM100 million cumulatively, and our efforts have led to carbon emission reductions exceeding 31,200 tCO2. In light of this shift towards sustainability, we urge more Malaysian companies to adopt green practices, paving the way for a resilient and environmentally sustainable future.”

“Hence, the collaboration between UEM Edgenta and IIB is expected to positively impact future developments by integrating advanced energy transition solutions, enhancing sustainability practices, and ensuring that all new and existing projects align with IIB’s Net Zero goals. We also believe that this partnership will benefit both organizations by fostering a collaborative environment, sharing knowledge and expertise, and opening opportunities for future ventures and sustainable projects,” added Syahrunizam.

The MOBE will be implemented by UEM Edgenta through OPUS Consultants, Edgenta Property & Facilities Solutions (PFS), and Edgenta NXT. These subsidiaries will collaboratively deliver advanced energy transition solutions and hyper-connected city technologies. OPUS will lead the engineering and consultancy services, ensuring robust infrastructure development and optimisation; PFS will focus on implementing energy efficiency programmes and retrofitting buildings to meet green standards, while Edgenta NXT will deploy digital and technological solutions to support Net Zero Hyper-connected city objectives. Together, they will drive the initiatives outlined in the MOBE, fostering sustainable growth and contributing to the realisation of a net zero CBD in Medini.

The signing of the MOBE between UEM Edgenta and IIB marks a significant milestone in their journey towards sustainable development and energy transition, leveraging UEM Edgenta’s expertise to create impactful solutions for a greener, more resilient future.

For further information on UEM Edgenta and its sustainability journey, visit https://www.uemedgenta.com/.

PETALING JAYA, 2 Julai 2024: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan PETRONAS Dagangan Berhad untuk menjalinkan kerjasama membangunkan stesen hibrid komersial yang pertama di lebuh raya Malaysia. Kerjasama keduadua pendahulu industri lebuh raya dan sektor peruncitan tenaga bakal menyaksikan pembukaan Stesen Super Hibrid atau ‘Hybrid Super Station’ yang pertama. Ia akan menjadi penanda aras perkhidmatan lebuh raya di negara ini dan memberikan lebih keselesaan dan pilihan kepada pengguna.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad yang hadir bagi menyaksikan majlis menandatangani memorandum yang diadakan baru-baru ini menyatakan sokongan Kerajaan terhadap kolaborasi strategik ini. “Kerjasama strategik PLUS dan PETRONAS Dagangan ini merupakan salah satu projek berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat, khususnya pengguna lebuh raya. Dengan wujudnya Stesen Super Hibrid, rakyat yang menggunakan lebuh raya bakal menikmati perjalanan yang lebih selesa dengan pelbagai pilihan sepanjang perjalanan mereka. Kerjasama di antara PLUS dan PETRONAS Dagangan adalah selari dengan konsep MADANI yang boleh membantu menggalakkan ekonomi negara dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat.”

Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Pengerusi PLUS, Dato’ Mohamed Nasir Ab Latif, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran PETRONAS, Datuk Sazali Hamzah, Pengarah Pemantauan Operasi, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Ir. Mohd Shahrir Amin Ahmad, pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia, PLUS dan PETRONAS Dagangan.

Stesen Super Hibrid yang bakal diwujudkan di lebuh raya ini menyediakan perkhidmatan mobiliti menyeluruh seperti stesen petrol dan diesel berskala besar termasuklah stesen pengecasan pantas (DCFC) untuk pengguna kenderaan elektrik (EV). Selain itu, ia turut menyediakan kemudahankemudahan awam yang lebih selesa, perkhidmatan runcit serta ruang makanan seperti gerai makan, kafe, restoran dan sebagainya.

Pembangunan stesen hibrid ini juga memberi penekanan terhadap kelestarian menerusi reka bentuk bangunan yang efisien tenaga hingga ke penyertaan ruang hijau dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sebagai salah satu mercu mercu tanda terbaharu di lebuh raya, stesen hibrid ini bakal menjadi destinasi tersendiri dan menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih baik.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, “Sebagai pengendali lebuh raya utama di Malaysia dan rakan strategik negara, PLUS komited untuk menghubungkan komuniti bagi mencorakkan masa hadapan yang selamat dan lestari. PLUS dengan sokongan Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pemain industri utama memainkan peranan dalam mengintegrasikan prinsip inovatif dalam operasi kami untuk membangunkan ekosistem lebuh raya pintar dan lestari.”

“Pembangunan Stesen Super Hibrid ini akan memacu pelaksanaan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon negara. Selain itu, penyediaan stesen hibrid ini juga dapat memperluaskan kemudahan perkhidmatan mobiliti kami bagi menambahbaik pengalaman pengguna lebuh raya, di samping memberi peluang kepada mereka untuk menikmati amalan kelestarian sepanjang perjalanan mereka.”

Dengan menggabungkan kepakaran dan sumber kedua-dua pihak, ia boleh membantu untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna lebuh raya dengan lebih efisien. Pembangunan stesen hibrid ini juga menandakan satu pencapaian penting bagi menyediakan infrastruktur yang lebih lestari dan berfokus kepada pengalaman perjalanan pengguna yang lebih baik sepanjang Lebuhraya PLUS. 

Mengulas tentang kerjasama ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan, Azrul Osman Rani berkata, “Di PETRONAS Dagangan, kami sentiasa meneroka peluang untuk menambah baik pengalaman pelanggan selari dengan komitmen syarikat untuk menjadikan kehidupan lebih mudah dan bermanfaat. Setiap touch point Stesen Super Hibrid ini akan direka bentuk dengan mengambil kira trend serta keperluan pelanggan. Kami yakin kolaborasi antara PETRONAS Dagangan dan PLUS akan meningkatkan keselesaan, kemudahan dan inovasi berfokuskan pelanggan, yang akan mengubah pengalaman pelanggan di lebuh raya.”

Lembah Klang telah dikenalpasti sebagai lokasi perintis untuk pembangunan fasiliti hibrid ini. Dengan keluasan lebih daripada 30,000 kaki persegi, ia mensasarkan pembangunan untuk menyediakan fasiliti yang lengkap dan selesa kepada pengguna lebuh raya. Kejayaan projek ini berpotensi membuka ruang untuk pengembangan perkhidmatan lebih meluas di seluruh negara.

Secara keseluruhan, fasiliti stesen hibrid baru ini bakal memberi nafas baharu kepada konsep stesen minyak, mengintegrasikan perkhidmatan bahan api yang menyeluruh termasuk EV, kemudahan awam yang selesa, pilihan runcit serta makanan dan minuman yang lebih meluas, serta pendekatan amalan lestari yang lebih hijau.

Instagram Feed

Follow Us

© Copyright © 2024 UEM Group Berhad (196601000085 (6551-K))